Pelakon Zulin Aziz mendedahkan Nabil Ahmad seorang pengarah yang sangat telilti dan cerewet ketika mengarahkan supertele terbaharu Astro First Eksklusif berjudul Datuk S.

Menurut Zulin, Nabil seorang pengarah yang mempunyai hala tuju yang tepat apabila menerangkan sesuatu kehendaknya kepada pelakon di bawah arahannya.

“Nabil seorang pengarah yang mempunyai direction yang sangat clear. Dia tahu apa yang dia mahukan.

“Bila bekerja dengannya, dia seorang yang serius dan banyak beri idea kepada kita sebagai pelakon.

“Malah dia juga seorang yang sangat teliti dan boleh dikatakan cerewet.

“Sebagai contoh, ketika saya membawakan babak sebagai seorang orang miskin berasal dari kampung, dia tidak mahu langsung saya memakai apa-apa make-up.

“Masa babak tu, pada mulanya saya disolek dengan solekan asas sahaja tapi dia datang dan periksa minta saya tanggalkan dan tak mahu secalit make-up pun.

“Bagi saya dia seorang pengarah yang bagus kerana dia mahu nampak perubahan orang miskin dan kaya supaya supertele ini nampak ‘real’,” katanya kepada Gempak.

Zulin ditemui ketika penggambaran hari ketiga supertele Datuk S yang dijalankan di Hotel Impiana KLCC, semalam.

Sementara itu, Zulin turut mengulas wataknya sebagai isteri kepada Datuk S iaitu watak utama supertele tersebut.

“Saya sebagai isteri Datuk S yang sentiasa cuba mengawal sikap lupa diri suaminya, apabila sudah menjadi kaya.

“Datin ini seorang yang baik dan watak saya seorang yang serius kerana Nabil tidak mahu saya melawak,” katanya lagi.

Supertele terbitan KMN Production itu turut menampilkan pelakon lain seperti Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Puteri Aishah dan ramai lagi. Ia dijangka bakal berada di Astro First Eksklusif pada Hari Raya tahun hadapan.

#DatukS @astrofirsteksklusif @kmnproduction #kmnproduction #fikryibrahim #kamaladli #zulinazin #nabilzira

A post shared by KMN PRODUCTION by KM Empire (@kmnproduction) on