Persembahan kumpulan Taman pada minggu keenam semakin menghiburkan apabila meraih pujian juri program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018).

Gandingan dua peserta otai iaitu Zamatul Amri Zakaria atau Tauke bersama Abdul Rahman Kasim (Man Posmen) berjaya mencuit penonton di Royal Theatre, Shah Alam, Selangor pada minggu lalu.

Pelakon jelita yang juga juri MLM 2018, Scha Alyahya memberi komen persembahan Taman kali ini begitu fokus dari awal sehingga akhir.

"Dari awal sampai habis, saya suka bila anda hanya pada satu cerita saja.

"Intipati yang bagus, ada mesej yang cuba disampaikan dan anda memang betul-betulkan kembangkan cerita tersebut sampai habis," katanya.

Ujarnya, persembahan Taman yang mengikuti tema muzikal disifatkan mempunyai cerita yang jelas untuk disampaikan pada penonton.

"Ia tidak terlalu pendek-pendek, cerita yang sama sampai habis, jelas dan kemas," katanya yang kemudian memberikan 4 'ha' kepada kumpulan duo itu.

Pada saingan malam esok (14 Disember), setiap peserta perlu melakukan persembahan mengikuti dialek.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @taukejambu