Pelakon Datin Paduka Eina Azman bersimpati dengan nasib anak kecil bernama Thaqif Arjuna yang mempunyai penyakit kulit serius.

Eina dan suami yang berjumpa dengan keluarga bayi tersebut di Pulau Pinang telag bersetuju membiayai perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan dari pakar kulit.

Menurut Eina, dia sayu melihat nasib yang menimpa Thaqif yang tidak selesa serta tidak mampu menahan gatal seluruh badan dan terpaksa menggaru kulitnya hingga berdarah.

“Salam semua... Pertama sekali Eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba2 Allah yang banyak dm eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami.

“Eina dapat tau pasal thaqif sakit masa eina d langkawi. So daripada langkawi 26 nov 2018 baru2 ni eina dan suami decide untuk pergi melawat baby thaqif dan ibu nya @atieatyradi Penang.

“So selepas melawat n berbincang kami decide nak bawa thaqif dtg ke kl untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit.

“Alhamdullilah hari ni thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit. Eina rasa gembira sbb doctor kata insyallah thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal

“To be honest kes kali eina rasa lagi teruk...thaqif tak habis2 garu 1 badan sampai berdarah darah..Sayunya hati tengok thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan...ya allah ringan kan lah segala sakit yang thaqif rasai.

“InsyaAllah saya n suami akan tanggung perubatan thaqif sehingga sembuh. So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi meringan kan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in d number account Nur Athirah Binti Zainal 07140147267526 CIMB . semoga allah permudahkan segala urusan kita semua....,” tulisnya.

Eina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram peribadinya.

Pelakon itu turut memuat naik foto bersama kanak-kanak serta keluarganya.

Rata-rata pengikutnya memuji sikap baik Eina yang membantu golongan kurang bernasib baik.

Salam semua... Pertama skli eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba2 allah yang banyak dm eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami. Eina dapat tau pasal thaqif sakit masa eina d langkawi. So daripada langkawi 26 nov 2018 baru2 ni eina dan suami decide untuk pergi melawat baby thaqif dan ibu nya @atieatyra di Penang. So selepas melawat n berbincang kami decide nak bawa thaqif dtg ke kl untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit. Alhamdullilah hari ni thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit. Eina rasa gembira sbb doctor kata insyallah thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal? to be honest kes kali eina rasa lagi teruk??? thaqif tak habis2 garu 1 badan sampai berdarah darah? Sayunya hati tengok thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan??? ya allah ringan kan lah segala sakit yang thaqif rasai. ?????? insyallah saya n suami akan tanggung perubatan thaqif sehingga sembuh. So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi meringan kan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in d number account Nur Athirah Binti Zainal 07140147267526 CIMB . semoga allah permudahkan segala urusan kita semua.... ??????

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on