Program Life At Thinker yang disiarkan di YouTube tampil dengan beberapa edisi Real Deal Challenge yang ditajakan khas oleh KFC.

‘Team’ Thinker Studios telah dipilih secara rawak untuk melakukan pelbagai cabaran, mereka berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM 1000 dan pelbagai hadiah lain jika berjaya melakukan cabaran tersebut.

Kenapa ia digelar Real Deal?

Ini kerana kualiti dan rasa hidangan dari KFC yang sangat enak dan tidak akan didapati di mana-mana tempat yang lain, sememangnya tiada tandingan!

Selaku penaja, KFC kini menampilkan KFC Crispy Tenders dan KFC Nuggets yang sangat enak!

Hidangan KFC Crispy Tenders ini menggunakan resipi KFC Hot & Spicy yang digemari ramai, tidak bertulang, empuk dan lazat!

KFC Nuggets pula menggunakan KFC Original Recipe dimana 11 herba dan rempah ratus telah menjadi bahan utama untuk menghasilkannya. Ia juga sangat empuk dan semestinya menjanjikan kelazatan tak terhingga kepada anda!

Dua hidangan ini boleh dinikmati bersama sos Mustard Manis serta Krim Masam & Bawang, pastinya menambah letusan rasa ketika anda menikmatinya. Sedap hingga menjilat jari!

Berbalik kepada KFC Real Deal Challenge, di sini kami bawakan beberapa throwback detik-detik menarik dan menyeronokkan dari beberapa episod selama cabaran ini diadakan.

Mereka perlu memilih cabaran Truth or Dare! Kedua-duanya memang payah dan sangat mencabar!

Mari kita throwback episode 1 apabila Yaya Zahir meneka apa yang berada di dalam kotak hitam kerana dia sangat takutkan cicak! Sampai menjerit lari ke tandas dibuatnya! Jom tengok video ni!



Tentu anda masih ingat Hana menari Baby Shark di Kafeteria, ramai pulak tu orang tengok, serious kelakar! Jom saksikan throwback ini.





Ada juga episode dimana kedua-dua orang yang menerima cabaran ini menyerah kalah, tak sanggup nak dating dengan Daiyan Trisha! Jom tengok episod Ben dan Haiqal ni!



Jom kita imbas kembali momen di episode akhir dimana boss Adly vs Mawar ditampilkan. Adly telah dikalahkan oleh Mawar yang berani terus terang tentang perasaan dia pada ‘crush’ yang juga bekerja di Astro. Jom saksikan!



Bagi anda yang mahu tengok episod-episod lain, sila kunjungi Thinker Studios di YouTube, jangan lupa makan KFC Crispy Tenders dan KFC Nuggets sambil tengok video mereka okay? Memang layan!