Selepas mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu, penyampai radio Zayan, Raqib Majid mengumumkan isterinya Tasha Manshahar kini hamil.

Raqib mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram peribadinya.

Penyanyi nasyid itu juga memberitahu ia bagai mimpi apabila mendapat tahu dalam rahim isterinya kini mengandungi zuriat mereka.

“SUBHANALLAH. Segala puji bagi ALLAH, Ada 'Raqsha Junior' dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi,” tulisnya

Raqib turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta pengikutnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

SUBHANALLAH. Segala puji bagi ALLAH, Ada 'Raqsha Junior' dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi?? . Segala proses berjalan dengan baik. abglong @nafidzrazak & kak long @kai_armd banyak bantu saya dan isteri. ALLAH gerak kan saya untuk hantar check up isteri saya di @kumpulan_megaklinik_zahran , dan masyaALLAH percaturan ALLAH begitu indah . Terima kasih ALLAH . بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظي . Tolong doakan baik2 ye semua? . #raqshajr

A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on