Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana hadir ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan kebangsaan negara dengan Vietnam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Syed Saddiq cuma meminta kebenaran kepada Tun M agar dapat melambatkan mesyuarat kabinet hari ini akibat pulang lewat selepas menyaksikan pelawanan malam tadi.

Ternyata apa yang diharapkan oleh Syed Saddiq hampa selepas mendapat jawapan yang daripada Tun M.

"Thank you for coming Tun M. #HarimauMalaya.

"Bro cuba minta lambatkan mesyuarat kabinet esok sebab game malam ni.

"Tun kata, 8 pagi dia dah masuk pejabat. Aduh," tulisnya.

Thank you for coming Tun M. #HarimauMalaya Update: Bro cuba minta lambatkan mesyuarat kabinet esok sebab game malam ni. Tun kata, 8am dia dah masuk pejabat. Aduh ?

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


Rata-rata mengakui terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Tun M dan memuji sikapnya yang berdisplin dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam menyaksikan kesudahan kedua-dua pasukan sekadar seri 2-2 pada malam tadi.

Sementara itu, perlawanan timbal balik di Hanoi akan berlangsung pada 15 Disember bagi memuktamadkan milik siapa gelaran Raja Asia Tenggara bagi edisi kali ini.