Sokongan pelakon Ummi Nazeera kepada pasukan Harimau Malaya dengan pergi menonton perlawanan akhir AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil semalam dipertikai netizen.

Ummi dituduh sebagai ‘bangsa final’ oleh netizen yang menurunkan komen ke akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Komen itu diturunkan di setiap fotonya ketika berada di stadium bersama suami, Mohd Izzar dan rakan artis lain seperti Diana Danielle, Lisa Surihani dan Mawar Rashid yang turut sama hadir di stadium semalam.

Pada mulanya, Ummi tertanya-tanya kepada netizen apakah ‘bangsa final’ yang mereka maksudkan sehinggalah dia memahaminya selepas salah seorang pengikut di IGnya menerangkannya.



Setelah memahami maksudnya, Ummi terus menemplak serta menafikan dirinya bukanlah ‘bangsa final’ yang mereka maksudkan kerana telah memberi sokongan awal terhadap pasukan bola sepak negara.



Malah, Ummi menerusi satu entri terkininya menjelaskan sekali lagi mengenai 'bangsa final' serta menceritakan kembali pengalamannya ketika menonton perlawanan bola sepak itu semalam.

View this post on Instagram

Assalamualaikum and good morning semua! Alhamdulillah dan tahniah Harimau Malaya utk. game last night. Ingatkan nak balik dgan hati yg bersyukur dan gembira. Tapi lepas apa yg Ummi witness semalam hati jadi semakin hiba 1. Sejak stage grouping lagi Ummi dan kawan kawan sudah pergi ke stadium support Harimau Malaya. Dan sejak itu ramai yg FITNAH kami di sponsor oleh YB. Sedangkan kami guna duit kami. Setiap sen yg digunakan adalah dari TITIK PELUH kami. Alhamdulillah. Tak ada cable atau kroni involved. Saya ada bukti. 2.Bangsa Final Ramai yang tulis BANGSA FINAL di ig Ummi dan kawan kawan Ummi. Tlg tengok post kami sebelum ni. Dan kalau betul pun ada yg datang untuk final saja. Apa salahnya. Kan bagus kita sama sama support Harimau Malaya represent Malaysia. Jgn busuk hati bila tengok orang lain dapat lebih. Kan dalam Islam kita diajar utk doakan mereka yg dapat apa yg kita mahukan. Dan malaikat ameen kan doa kita sambil mendoakan yg sama buat yg mendoakan. 3. Ummi nampak dua kali rakyat Malaysia baling barang ke arah padang bila emosi. Sangat sedih dan malu dengan tindakan rakyat Malaysia yang TAK BERTANGGUNGJAWAB. Kalau lah terkena kepala budak, ibu mengandung atau mencederakan sesiapa. Kau tak terfikir ke? Tolong jangan pentingkan diri. Fikir dulu. Kesian abang penjaga padang tu kena menghadap perangai korang ni. Nasib baik tak kena diorang. 4.Merokok, vape Ada juga yg merokok satu row dengan ibu mengandung. Ada juga yg vape. Ada juga yang duduk di tangga tu langsung tak nak bangun bagi jalan bagi mereka yg nak ke toilet sehingga ada yg terpaksa menjerit "Tolong bagi jalan". Waktu rehat kan bukannya waktu game pun. Kami datang awal untuk dapatkan tempat duduk. Jangan kata tempat duduk pun di sponsor pula ya. Jam 4 ptg dah turun rumah. Hampir 4 JAM kami tunggu di stadium sebelum game start. Kami pun sama sama susah juga. SAMA SAJA. 5. Ulat Ticket Ini Penting. Masa kitorg nak masuk. Adik in charge ticket ambik ticket kitorg dan bagi signal dengan tangan dia suruh 'masuk'. Kitorg cakap "Eh ticket kitorg". Dia cakap "Takpe, masuk saja" TANPA KOYAK TICKET seolah boleh dijual balik. Kitorang bertegas. "Tolong dik, kitorang nak(saya sambung di comment)

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Bagaimanapun ada juga netizen yang bersikap positif kerana bagi mereka tidak kisah apa jua yang dikatakan asalkan Ummi dan rakan artis lain tetap memberi sokongan.

Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam sengit apabila menyaksikan Malaysia dan Vietnam meraih 2-2.