Ummu Shaikhah Stacy dan Alif Satar antara selebriti yang menjadi idola ramai di luar sana. Namun, seperti mereka, anda dan kita semua melalui pelbagai cabaran dan kehidupan yang hampir serupa. Tetapi mereka tidak menjadikannya sebagai satu halangan, malah mereka mempertingkatkan kehidupan mereka.

Sebagai ayah serta ibu yang bekerjaya, dua selebriti ini mempergunakan pelbagai kesempatan untuk memajukan diri. Ini adalah antara tips mudah untuk anda mempertingkatkan produktiviti diri anda, seperti mereka.

Disiplinkan Diri




Tidak kira sama ada anda lelaki atau wanita, yang berkeluarga atau masih bujang, disiplin diri amat penting untuk mempertingkatkan daya produktiviti. Tengok sahaja kehidupan selebriti ini. Mereka memastikan bukan sahaja keluarga terjaga, tetapi mereka mendisiplinkan diri untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tepati masa, antara disiplin diri yang sangat baik.

Pembahagian Masa




Tidak kiralah sama ada anda ingin membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya, mahupun kerjaya dan hobi, menggunakan masa dengan sebaik mungkin dapat meningkatkan produktiviti anda. Habiskan kerja ketika di pejabat atau di tempat kerja. Masa untuk anda bersama keluarga atau aktiviti lain tidak akan terganggu.

Isi Waktu Lapang Dengan Aktiviti Berfaedah




Anda mungkin mempunyai ruang masa untuk diri sendiri. Apa kata gunakannya untuk aktiviti seperti beriadah ataupun hobi yang boleh mendatangkan pulangan. Sama ada anda gemar memasak, membuat terrarium, mengumpul setem atau apa sahaja, pasti ada sesuatu yang bermanfaat akan anda perolehi daripada aktiviti tersebut.

Rehat Yang Cukup




Semua orang mempunyai 24 jam sehari. Untuk menjadikan diri anda produktif, anda memerlukan rehat yang cukup supaya kerjaya anda untuk hari berikutnya dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Dengan rehat yang cukup anda juga dapat memberikan perhatian kepada keluarga, teman-teman, mahupun hobi yang anda sukai.

Tambahkan Pengetahuan Dan Informasi




Kini informasi hanya di hujung jari. Pelbagai buku, informasi semasa, malah berkaitan dengan kerja serta hobi boleh anda perolehi melalui telefon pintar anda atau pun di internet. Gunakan sebaik mungkin untuk menambah pengetahuan. Secara langsung dan tidak langsung ianya pasti akan membantu meningkatkan produktiviti anda seharian.


Cubalah tips yang kami sediakan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari http://wayup.my

Kredit Gambar: Instagram @stacyanam dan @alifsatar