Pendakwah bebas PU Amin melalui pengalaman mencemaskan apabila kereta yang dipandunya rosak ketika dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Bagaimanapun, lebih mengecewakan apabila dia langsung tidak diendahkan oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

"Kereta rosak tepi jalan, on the way ke UiTM Machang.

"Pengalaman rosak kereta ni memang berharga, puas buat muka seposen tepi jalan, seorang pun tak berhenti tolong.

"Tak apalah, kini sedang menanti bantuan tow truck dari Kuala Lipis harap-harap ada dan segera," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Kereta rosak tepi jalan . OTW ke Uitm Machang . Kereta rosak di Central Spine Road sebelum Padang Tungku , highway baru menghala ke Gua Musang . Pengalaman rosak kereta ni memang berharga , puas buat muka seposen tepi jalan , sorang pun tak berhenti tolong ? . Tak apa lah kini sedang menanti bantuan tow truck dari Kuala Lipis harap harap ada dan segera . Moga mudah sampai di UITM Machang malam ini .

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Perkongsian itu mendapat simpati daripada rakan selebriti dan peminat yang memberikan pelbagai cadangan sekiranya berlaku kecemasan sedemikian.

Namun, ada juga yang berpendapat tindakan segelintir pengguna yang tidak berhenti menghulurkan bantuan ekoran bimbang akan keselamatan diri.

"Sekarang ramai yang takut nak berhenti tolong, banyak kes pelik-pelik. Mungkin ada yang tak perasan ustaz," tulis salah seorang pengguna.