Pelakon Datin Fouziah Gous tidak berdiam diri mengenai pakaiannya yang dikecam oleh netizen gara-gara tidak sesuai dengan penampilan tudung serta gelaran hajah yang dibawanya.

Penjelasan itu dibuat menerusi ruangan Instagram Stories miliknya baru-baru ini.

Menurut Fouziah, dia memakai normal jeans ketika itu namun disebabkan beberapa faktor membuatkannya kelihatan ketat.

Fouziah juga mengaku dia serba kekurangan dari segi pemakaian tudung dan pakaiannya.

Fouziah mengatakan dia sedang berusaha untuk menjadi lebih baik malah mengharapkan netizen yang meninggalkan komen pada fotonya supaya mendoakan dia menjadi manusia yang sempurna.

Fouziah, 36, menekankan dia tidak mempunyai masa untuk membaca kesemua komen yang telah ditinggalkan namun jangan beranggapan dia tidak mengambil kisah ataupun keras kepala kerana hakikatnya dia sibuk dengan keluarga dan kariernya.

Fouziah juga berpesan supaya menjadi manusia yang sedar dirinya tidak sempurna, banyak kekurangan dan kesilapan daripada menjadi manusia yang merasakan dirinya sempurna dan cukup baik.

Pelakon filem Bujang Senang itu bertindak memadam foto tersebut bagi mengelakkan menjadi tempat untuk komen-komen negatif.