Peminat pelakon Mira Filzah menawarkan diri mereka untuk menjadi seorang bayi selepas menyaksikan gambar yang dikongsikan olehnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mira berkongsi gambar sedang mencium seorang bayi bernama Ayden Mikael bersama dengan pelakon Elisya Sandha.

"Ya baby sayang, kita tahu awak suka kan sebenarnya kannnnn suka kaannnnn?

Ya baby sayang, kita tahu awk suka kan sebenarnya kannnnn suka kaannnnn? Haa. Sje je tu kerut kerut. ? . . Mummy Reena (@elisyasandhaofficial), Baby Iqy & Mama Tiara. 13 DAYS to go! Yeaahhh! ??? . . . ✨❤️?? #PujaanHatiKanda #AkasiaTV3

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


"Haa. Saja je tu kerut-kerut. Mummy Reena (@elisyasandhaofficial ), Baby Iqy & Mama Tiara. 13 DAYS to go! Yeaahhh," tulisnya.

Menerusi ruangan komen ramai diantara pengikutnya menawarkan diri untuk menjadi bayi tersebut dan ada juga mengatakan bahawa bayi itu sangat beruntung kerana dicium oleh Mira dan Elisya.





Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Mira kini muncul dalam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan.

Selain Mira drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh Rozita Che Wan, Harris Anuar, Remy Ishak, Faez Nik, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.

Turut diperkenalkan bintang baru Uyaina Arshad iaitu bekas pengacara Nona, Riana AF, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini akan disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 9malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) & Maya HD (saluran 135).