"Selalu Ikut Pergi Lokasi Penggambaran, Dah Minat Nak Kerja Macam Ibu, Tapi ....." - Fasha Sandha Akui Anak Minat Berlakon

Hiburan

Pelakon Fasha Sandha mengakui anaknya keduanya, Putri Raysha Jemaima mula menunjukkan minat untuk mengikut jejak langkahnya sebagai seorang selebriti tanah air.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha menjelaskan Jemaima sering kali mahu mengikutnya ke lokasi pengambaran.

"Sayang ibu ni, kalau dah selalu nak ikut ibu pegi lokasi set shooting, suka posing-posing.

"Nampaknya dah minat nak kerja macam ibu, tapi dada tak benarkan," tulisnya.
 

Rata-rata berharap agar Jemaima dapat mengikut jejak Fasha menjadi seorang pelakon dan tidak menghalang minat anaknya itu untuk mengejar cita-citanya.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3.

Setelah beberapa tahun hidup solo selepas bercerai dengan Rizal, Fasha mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November baru-baru ini.

Artikel Berkaitan