Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mendakwa dia mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya, Nadia Mohd Affandi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tauke menjelaskan perkongsian yang dilakukan sebelum ini adalah untuk memberi info kepada orang ramai dan bukan ditujukan pada isterinya.

"Salam toq, haritu wa ada up story mengenai 7 tanda-tanda isteri durhaka. Kesannya berita tu jadi viral, rata-rata sahabat memandang serong pada gua.

"Padahal niat kita baik atas dasar memberi info yang berguna untuk para-para isteri.Begitulah cara kita berfikir, kalau sesuatu itu kita pandang positif maka positif la jadinya, kalau negatif, negatif la pemikiran kita.

"Gua da biasa di keji dan di maki tapi sentiasa gunakan kekuatan sebenar iaitu kesabaran.

Salam toq..haritu wa ada up story..mengenai 7 tanda2 isteri durhaka..kesan nya berita tu jadi viral..rata2 sahabat memandang serong pada gua..padahal niat kita baik..atas dasar memberi info yg berguna untuk para2 isteri..begitulah cara kita berfikir..kalau sesuatu itu kita pandang positif maka positif la jadinya..kalau negatif ...negatif la pemikiran kita... gua da biasa di keji..di maki..tp sentiasa gunakan kekuatan sebenar iaitu kesabaran.. semoga tali ikatan setiap rumahtangga kita semua berkekalan.. selamat ulangtahun perkahwinan #naditauke #9dec apapun sapa pakai baju 76 tu erk??? @manrajalawak

A post shared by Toq Organization Officials (@taukejambu) on


"Semoga tali ikatan setiap rumah tangga kita semua berkekalan. Selamat ulangtahun perkahwinan #naditauke #9dec," tulisnya.

Rata-rata berharap agar Tauke tabah hadapi dugaan ini dan mereka mendoakan agar hubungannya bersama isteri akan kekal selamanya.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember tahun lalu.

Jangan lupa menyaksikan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.