Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Didakwa Hanya Lakonan... Ini Penjelasan Joe Jonas

Hiburan
Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Didakwa Hanya Lakonan... Ini Penjelasan Joe Jonas
Penyanyi Joe Jonas berang dengan tuduhan sebuah majalah hiburan antarabangsa yang mendakwa perkahwinan adiknya, Nick Jonas dan pelakon, Priyanka Chopra hanyalah lakonan semata-mata.

Menerusi kenyataan di Twitter, Joe menempelak majalah The Cut dengan menyatakan kisah percintaan antara pasangan itu bukan palsu. 

Susulan komen tersebut, penulis artikel berkenaan, Mariah Smith menerusi Twitternya memohon maaf terhadap pasangan tersebut selain artikelnya turut ditarik semula.
 
Memetik laporan eonline.com, artikel yang diterbitkan dengan tajuk, “Is Priyanka Chopra and Nick Jonas's Love for Real?" membuat andaian bahawa Nick terpaksa berkahwin dengan Chopra.

Bukan hanya Joe, tunangnya, Sophie Turner turut mengkritik majalah tersebut susulan dakwaan tidak berasas tersebut.

Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dengan artikel yang diterbitkan majalah tersebut dan menyifatkan perkahwinan pasangan tersebut sebagai indah lebih-lebih lagi apabila dua budaya disatukan. 
 
Nick dan Priyanka disatukan dalam majlis gilang-gemilang di India pada 2 Disember lalu.

Sumber: Astro Awani

Artikel Berkaitan