Setelah lama bungkam biar terus dihujat dengan banyaknya komentar negatif daripada para haters, model cantik, Hailey Baldwin akhirnya buka suara.

Isteri kepada Justin Bieber yang banyak dibenci peminat kerana senyap senyap berkahwin dengan bintang pop pujaan ramai itu menulis dalam Insta Story dengan nama Hailey Bieber agar semua pengguna laman sosial seharusnya tidak bersikap terlalu kejam.

Hailey mengaku dirinya berasa nyaman sepanjang tidak aktif dalam Instagram, sebaliknya berasa sakit hati apabila kembali melihat akaunnya.

Dia menulis: “Saya rasa sangat gembira apabila tidak aktif dalam Instagram dan apabila kembali membukanya, saya akan terus berasa sedih.”

“Adalah sangat sukar untuk fokus terhadap kenyamanan dan kesejahteraan fizikal dan mental apabila setiap kali membuka Instagram, ada orang yang sengaja mahu merosak karir, hubungan atau apa sahaja yang positif dalam hidup.”

Wanita berusia 22 tahun itu berkahwin dengan Bieber pada September lalu di New York dan sejak itu mereka dihujani pelbagai respons sehingga Hailey berasa dirinya seperti dibuli dan tertekan dengan komentar komentar jahat terhadap dirinya.

Justru itu, dia meninggalkan sedikit pesanan buat para hatersnya.

“Aku tidak percaya bahawa pada masa kini, kita hidup atas opini orang asing yang langsung tidak punya kaitan dengan kita. Dunia sudah ada terlalu banyak hal yang menyakitkan dan penuh negatif.

“Apa kata kita ambil masa dan sebarkan sebanyak mungkin positiviti, kasih sayang dan dorongan buat sesama kita berbanding sibuk menilai dan membikin banyak hati sakit,”imbuhnya.

Belum mahu selesai dengan curhatnya, model itu menambah: “Aku tidak akan membiarkan mereka membuat aku berasa seperti telah berbuat salah dengan menikmati hidup dan terus bergembira.”


Sumber: ENews
Instagram: Justin Bieber

Oleh: Maliah Surip