Gelagat pelakon Ramona Zamzam yang mengajar suaminya, Rami Alashkar yang berasal dari Palestin untuk bercakap dalam loghat utara telah membuatkan netizen terhibur.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ramona telah berkongsi sebuah video bersama suaminya ketika sedang mengajar loghat tersebut.

"When you have a Palestinian hubby, you teach him how to speak Kedah.

When you have a Palestinian hubby, you teach him how to speak Kedah.. BUBOH AYAQ DALAM PLASTIK & SAYOQ MAK HANG ???

A post shared by Ramona Zamzam (@ramona_zamzam) on


"Buboh ayaq dalam plastik dan sayoq mak hang," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh pasangan ini dan menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang kelakar.




Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, telah mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata.