Juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tya Arifin mengakui dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tya berkongsi berita gembira itu kepada peminatnya dan mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat bulan.

"Alhamdulillah, inilah saatnya berbagi khabar bahagia kepada semua.

"Alhamdulillah, Arif akan menjadi abang, insyaallah. Mohon doa nya kepada semua, semoga baby sehat wal’afiat.

Tya sempat mengabadikan momment pertama kali saat Tya dapat tahu pregnant. ❤️ • Full Video boleh klik link di Bio Tya❤️ Selamat Menonton❣️

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on


"Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini, Alhamdulillah. Tya doakan semoga yang berhajat sama, diberi rezeki juga oleh Allah Swt ️With love, Tya, Asyraf @asyrafkhalid dan Arif @arifjiwaasyraf #17weekspregnant," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah kepada Tya dan keluarga dan mendoakan kandungannya sentiasa sihat.

Tya dan Asyraf telah bernikah pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa.

Jangan lupa menyaksikan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.