Pelakon Natasha Hudson dilaporkan selamat berkahwin buat kali keempat dengan pasangannya, Noor Nashriq Sekarnor, semalam.

Menerusi entri di Instagram Stories, adiknya Tania Hudson telah berkongsi gambar bersama kakaknya.

Foto tersebut difahamkan diambil semasa majlis ijab kabul yang diadakan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.

"My beautiful kakak I will always be here for you no matter what, eventho I can be a little crazy sometimes," tulisnya.



Sekitar Oktober lalu, Natasha membuat pengakuan sudah berpisah dengan suami ketiganya yang juga bekas penyanyi hip hop, Carleed Khaza atau nama lengkapnya Khalid Kamal, tanpa menyatakan tarikh sebenar perceraian mereka.

Natasha dan Carleed mendirikan rumah tangga pada 15 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila, 5, dan Faatimah, 3.

Sebelum itu, pada 2006, Natasha berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan.

Kemudian, perkahwinan bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 juga tidak berpanjangan apabila hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan keduanya itu, Natasha dan Shahrin dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena, 10.

Sumber: BH Online