Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja edisi 2009/2010 Noor Neelofa berkongsi rasa terharunya apabila diberi peluang menemani rakan baiknya, Shameela Seddek untuk melahirkan anaknya di dalam bilik bersalin.

Menerusi entri di Instagram Stories, Neelofa menjelaskan pengalaman yang diperolehi sangat bermakna ketika berada dalam bilik bersalin.

"Congrats Shameela Seddek! Alhamdulillah. It was a priceless experience to be in the delivery room to witness everything.

"So much proud of you," tulisnya.



Sudah semestinya pengalaman yang diperolehi oleh Neelofa sangat berharga kerana dia berpeluang melihat bagaimana proses bersalin dan suasana ketika berada dalam bilik bersalin.

Sementara itu jangan lupa untuk menyaksikan program Dewi Remaja 2018/2019 bersiaran setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123).

Program realiti Dewi Remaja 2018/2019 dihoskan oleh Scha Alyahya dan juri tetap Datuk Hans Isaac.