Pelakon Syafie Naswip mengakui bersyukur apabila dapat membawakan watak sebagai Mat Dan dalam filem Polis Evo 2.

Menerusi entri di Instagram (IG), Syafie menjelaskan pelbagai perkara harus dilakukan sebelum dapat membawa watak Mat Dan terutamanya menaikkan otot pada badannya.

"Terima kasih Mat Dan. Paling penting ku ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang menolong aku saat menggali watak Mat Dan mahu secara langsung atau tidak.

Tq Mat Dan. Paling penting ku ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang menolong aku saat menggali watak Mat Dan mahu secara langsung atau tidak. Anda tahu siapa anda. Tanpa bantuan anda maka tidak ada semangat ini. @shaheizy_sam @zizanrazak869 @jeffcatz @mohdzainalmohdisa @fir_rahman @sapawijohnson @jiggywawa @neyoziiie @sharifah_qaseh @aidabakhra @badrulhashim @edsarippin @hasnulrahmat @mike_lucock @hairulazreen @callmenazri @ferrzulkhrie @irfanherry @visionbody.official @bangkeram #faredayam #sifu @asma_don @rizamin Tq kerana menjadikan mimpi ini nyata. Alhamdulillah. May Allah bless you guys always (Ada yang tak ingat IG)???? #ActorsLife #PersiapanKecilku

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on


"Anda tahu siapa anda. Tanpa bantuan anda maka tidak ada semangat ini.

"Terima kasih kerana menjadikan mimpi ini nyata. Alhamdulillah. May Allah bless you guys always," tulisnya.

Rata-rata memuji kesungguhan Syafie dalam menghidupkan watak dalam Polis Evo 2 dan mereka kagum dengan mutu lakonannya dalam filem tersebut.

Selain Syafie Naswip, filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini menampilkan Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!