Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui tidak menyangka dia akan memenangi anugerah Nona Fashionista Award pada malam Nona Superwomen 2018 baru-baru ini.

Che Ta berkata dia memang minat dalam berfesyen.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) milik peribadinya dengan memuat naik foto dirinya memegang trofi kemenangan.

"A night to remember @majalahnona..Thank you so much for this award! Tak sangka minat melawa sampai dapat anugerah.

"Kami tak payah nak gigih pun untuk bergaya sebab memang suka..Kadang pakai jumper, tight dengan boots besa-besa ja orang cakap 'gigihnya'.

"Tapi bagi kami tu pakai paling 'koman'..Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun," tulis Che Ta.

Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #akuyangpakaikauyangpanas.

A night to remember ?? @majalahnona ... thank you so much for this award ?! Tak sangka minat melawa sampai dapat anugerah ??‍♀️ .. kami tak payah nak gigih pun utk bergaya sb mmg suka .. kdg pakai jumper , tight dgn boots besa2 ja org ckp ‘ gigihnya ‘.. tp bagi kami tu pakai paling ‘koman’.. ? kami mmg suka melawa , qasa seqonok , qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih , tak qasa bersusah payah pun! ? #akuyangpakaikauyangpanas . ? @syedewa . ? @saifvl ? @syafieq_ayman

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Rata-rata pengikut Instagram Che Ta bersetuju dengan kemenangan yang diperoleh malah menyukai fesyen yang dibawanya.



Acara gilang gemilang itu menyaksikan 36 anugerah diberikan kepada golongan VVIP, selebriti dan usahawan tempatan sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian mereka.

Anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018 diberikan kepada Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah Aziz.

Selain dari Nona Superwoman of The Year 2018, antara anugerah-anugerah lain yang diberikan pada malam itu adalah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof) dan banyak lagi.