Pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan dia sanggup melakukan apa sahaja yang terbaik buat anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad.

Katanya, dia sanggup untuk mengurangkan perbelanjaan dirinya demi memastikan anaknya mendapat makanan dan membesar dengan baik.

"Saya tak membazir beli stroller atau baju mahal.

"Tapi makanan dan tumbesaran anak saya, saya sanggup beli yang paling mahal dan terbaik.

"Walaupun saya kena kurangkan belanja lebih," kata Sharnaaz.

Sharnaaz menjawab reaksi netizen yang mempertikaikan pemilihan susu formula yang mahal untuk anaknya.

Sape tau kat mana nak beli susu ni? Susah betul dapat , semua kedai pergi asyik out of stock je ?

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on


Pelakon drama bersiri Cinta Bukan Kristal itu pernah meluahkan rasa kesal apabila isu susu formula anaknya menjadi buah mulut netizen.

"Pasal susu pun nak gaduh ka? Malaysia... Malaysia... Kena ada topik yang hangat untuk dihentam ka setiap hari baru sempurna hidup?" tulisnya di Twitter.