Pelakon Ayu Raudhah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34 hari ini.

Suaminya, pemain bola sepak Malaysia, iaitu Mohd Zaquan Adha mendedikasikan ucapan khas terhadap Ayu menerusi akaun Instagram miliknya.

"Happy birthday my lovely wife..Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.

"Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang," tulis Zaquan.

happy birthday my lovely wife...terima kasih kerana menjadi isteri yg baik dan sentiasa ada dibelakang i..susah senang i hanya u je yang tahu..i doakan semoga u dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga u bahagia dunia akhirat..love u syg @ayuraudhah_7 ??????

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Zaquan turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Ayu dan mendoakan semoga kebahagiaan keluarga mereka kekal.

"@ptriisyah: Happy birthday kak ayu @ayuraudhah_7."

"@rhmt.zack: Semoga kekal bahagia dengan @ayuraudhah_7 dan panjang umur. Amin."

"@natashanordean: Happy birthday Ayu. Semoga bahagia dunia akhirat."

"@aina_hasanah07: Semoga kalian sekeluarga dirahmatinya @zaqone_08 @ayuraudhah_7."

Zaquan dan Ayu mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Sekadar info, perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan Malaysia menentang Vietnam bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini.