Ernie Zakri Lancar Single Terbaru, Adakan Peraduan Tiru Reaksi Muka

Hiburan
Ernie Zakri Lancar Single Terbaru, Adakan Peraduan Tiru Reaksi Muka
Penyanyi dan guru vokal, Ernie Zakri baru sahaja melancarkan single terbaru beliau berjudul Ku Bersuara.

Ernie kini bernaung di bawah syarikat  rakaman Rocketfuel bersama sahabat baiknya, Syamel. Malah lagu tersebut turut ditulis oleh Syamel.



Ernie turut mengadakan peraduan Eat & Greet bersama beliau. Anda cuma perlu tiru tiga reaksi wajah Ernie dan kemudian muat naik ke Instagram.
 

Tiga pemenang bersama pasangan masing-masing akan dapat makan bersama serta bertemu dengan Ernie, selain barangan eksklusif.
 

Dalam pada itu, Anuar Zain yang merupakan bapa saudara Ernie turut mengucapkan tahniah dan memuji lagu tersebut.



Ernie Zakri lebih dikenali ramai selepas menyertai dan menjuarai program Duo Star bersama Syamel. Kemudiannya beliau menjadi guru vokal untuk peserta program Big Stage.

Artikel Berkaitan