Tahun 2018 meneruskan trend tahun lalu di mana hiburan tempatan telah menguasai tontonan-tontonan YouTube dengan kandungan dari pelbagai rancangan televisyen seperti MeleTOP, Motif Viral dan Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018).
Pasangan duet yang bernaung dengan syarikat rakaman Rocketfuel, Syamel dan Ernie Zakri menduduki tempat teratas Video Paling Trending di YouTube Malaysia sepanjang 2018 dengan persembahan langsung mereka menyanyikan lagu Aku Cinta, diikuti dengan filem pendek Gaya Raya Paling Ori terbitan Astro.
Selain itu, tayangan perdana filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus GOld, Hantu Kak Limah serta muzik video lagu temanya, Srikandi Cintaku nyanyian Datuk Awie dan Mus May turut tersenarai.
Selain itu, muzik video kumpulan Masdo yang menyampaikan lagu Bunga dibawah projek MV10 terbitan Gempak turut tersenarai sebagai Video Paling Trending di YouTube Malaysia sepanjang 2018 bersama sesi temubual Maya Karin di set MeleTOP, sesi temu ramah 'awek cendol' di set Motif Viral dan persembahan khas Ruffedge di AME 2018.
Video-video ini telah menghiburkan para penonton Malaysia dengan dendangan muzik tempatan, detik-detik gelak-ketawa, dan kisah-kisah mungkin pernah kita alami sepanjang tahun ini.
Carta Video Muzik Paling Trending turut didominasi oleh bakat-bakat tempatan, dengan penyanyi Sufian Suhaimi berada di tangga kedua dengan lagu cintanya, Di Matamu, manakala lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah dari Indonesia menduduki tempat pertama.
Malaysia juga turut bersama-sama menghiburkan diri dengan lagu-lagu Hikayat Benladin oleh Ben Ladin, Luar Biasa oleh Ismail Izzani dan Aqilah oleh Floor 88, selain lagu-lagu kegemaran antarabangsa seperti DDU-DU DDU-DU oleh BlackPink dan Girls Like You oleh Maroon 5.
Kedudukan video-video berikut telah ditentukan berdasarkan waktu yang diluangkan untuk menonton, perkongsian, ulasan, jumlah 'likes' di video dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh penonton di Malaysia.
Video-video ini juga merupakan gambaran terbaik kepelbagaian kreativiti yang telah ditonjolkan di YouTube Malaysia sepanjang tahun ini.
Bersempena YouTube Rewind Malaysia 2018. berikut merupakan senarai penuh video dan video muzik paling trending di Malaysia bagi 2018, berdasarkan tontonan, perkongsian, ulasan, sukaan dan pelbagai lagi aktiviti yang anda lakukan di YouTube:
Video Paling Trending Videos di YouTube Malaysia 2018
1. #AJL32 | Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta
2. Gaya Raya Paling Ori - Filem Pendek Astro Raya 2018
3. Hantu Kak Limah (Tayangan Perdana)[HD] Di Pawagam Mulai 9 Ogos
4. Srikandi Cintaku - Dato' Awie & Mus May (Ost. Hantu Kak Limah)
5. Dugaan Puasa
6. Kugiran Masdo - Bunga
7. Sedap budak ni nyanyi, berdiri bulu roma kalau dengar
8. Maya Karin muntah darah di set MeleTOP? | Syamsul Yusof & Nasir Bilal Khan
9. Motif Viral: Awek Manja Nak Cendol Pun Tak Tahu Kenapa Dia Viral
10. #AME2018 I Persembahan Ruffedge padu ubat rindu | Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu, Khayalan
Video Muzik Paling Trending di YouTube Malaysia 2018
1. Siti Badriah - Lagi Syantik (Official Music Video Nagaswara)
2. Sufian Suhaimi - Di Matamu (Official Music Video with Lyric)
3. Ben Ladin - Hikayat Benladin (Official Lyric Music Video)
4. Ismail Izzani - Luar Biasa ft. Alif (Official MV)
5. BLACKPINK - ‘(DDU-DU DDU-DU)’ M/V
6. Floor 88 - Aqilah [Official Music Video]
7. Maroon 5 - Girls Like You ft. Cardi B
8. Deen Assalam - Cover by Sabyan
9. Ghea Youbi - Gak Ada Waktu Beib (Official Music Video)
10. Jay Chou - Waiting For You MV
Kamaruddin Razal
Thu Dec 06 2018
16 Kali Buat Pembedahan, Katie Price Dakwa Pemilik P*yudara Terbesar Di Britain
Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir