Pelakon Amar Baharin mendedahkan tabiat anaknya, Aqeef Anaqi ketika menonton televisyen.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi satu video pendek di akaun Instagram (IG) miliknya.

“Habit @aqeefanaqi kalau baring, mesti kena ada muka untuk dia belai dan ramas.

“Kalau tengok muka mak bapak dia herot berot tu faham la kan sebab apa,” tulisnya.

habit @aqeefanaqi kalau baring, mesti kena ada muka utk dia belai dan ramas... kalau tengok muka mak bapak dia herot berot tu faham la kan sbb apa ?

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat Aqeef dan berkongsi perangai anak masing-masing menerusi ruangan komen.

“Hahah sama dengan adik saya, tapi adik saya hanya suka gentel siku sambil hisap jari,” komen @_eynamohdsukri

“Anak saya suka gentel telinga, kadang-kadang sampai luka telinga saya. Dah nak masuk 5 tahun pun masih lagi dengan habit dia nak tido cari telinga saya,” tulis @acik_aishah88

Sehingga kini video yang dimuat naik itu mendapat lebih 65,000 tontonan.

Foto: Instagram @amarbaharin