Pelakon Nora Danish mengakui ada menerima tawaran untuk anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim atau lebih dikenali dengan nama timangan Ney Ney untuk menjadi duta produk.

Namun begitu, Nora tidak menerima tawaran tersebut.

"Saya ada menerima tawaran untuk Ney Ney menjadi duta produk tetapi tidak menerimanya.

"Saya berpendapat daripada menjadi duta produk lain lebih baik saya mengeluarkan produk untuk Ney Ney sendiri.

"Saya ada terfikir untuk menjalankan perniagaan barangan bayi cuma belum terlaksana lagi," katanya.

Nora ditemui ketika majlis pelancaran produk Watson di Selfie Museum, Kuala Lumpur semalam.

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Puteri itu memaklumkan dia bersedia untuk hamil lagi tahun depan.

"Anak kedua saya, Ney Ney masih terlalu kecil, baru sembilan bulan.

"Rasanya tahun depan masa yang sesuai untuk menambah ahli keluarga, insyaallah bayi perempuan," katanya kepada Gempak.


Foto: Kaki Foto