Penyanyi Hafiz Suip, 27, selamat bergelar suami kepada Nureffy Jasreel, 23, dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip dan isteri selamat diijabkabulkan oleh Ustaz Kasdinata Fauzi dengan mas kahwin RM120.

Majlis pernikahan Hafiz yang juga bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ketujuh diadakan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching Sarawak.

Akad nikah Hafiz dan isteri hanya dihadiri ahli keluarga dan saudara rapat selain rakan baik penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano iaitu Akim Ahmad.

Sebelum ini Hafiz dan isteri mengikat tali pertunangan pada 27 Februari tahun lalu selepas dua tahun bercinta.

Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz @hafizsuip sah bergelar suami kepada @nureffyj dengan mas kahwin bernilai RM120. Hafiz dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Haji Hashim di kediaman pengantin perempuan sendiri. Tahniah Awan Nano! Hos lokasi : @ellyarifin #hliveupdate #hlive #EH #HE #HafizEffyWedding2016 #HEWedding #EHWedding #HENewlyWeds #EHNewlyWeds #AdventuresOfHE #AdventuresOfEH

A video posted by Official Hlive (@officialhlive) on