Pelakon Norazah Aziz mengakui terkejut apabila gambar anaknya menjadi perhatian ramai selepas berkongsi di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Norazah berkongsi gambar bersama anaknya ketika berada di Australia.

"Kan dah viral. Kan saya dah kata tengok view kat belakang saya bukan sebelah saya.

"Kita cuti-cuti Australia, kat Malaysia viral lak.

"Bye Sydney is was a beautiful day for us yesterday, loving the beach, clear blue water and clean beach.

"We had so much fun. Next stop Melbourne," tulisnya.

Look at the view behind me not beside me ??

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on


Namun foto tersebut mendapat perhatian ramai terutama peminatnya yang memuji ketampanan anaknya, Aaron yang kini berusia 22 tahun berbanding melihat pemandangan dikongsikan.




Norazah dan suami mendirikan rumah tangga pada 1994 dan telah dikurniakan tiga anak lelaki, Aaron, 22, Ryan, 15, dan Justin, 13.