Penyanyi Haqiem Rusli membuat permohonan maaf susulan isu memakai kaca mata gelap dan airpods ketika menziarahi rumah asnaf baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi rancangan hiburan popular MeleTOP malam tadi (Selasa).

"Saya akui silap saya.

"Jadi, saya nak minta kepada semua rakyat Malaysia sesiapa yang marah saya pasal kejadian itu.

"Terima kasih kepada peminat yang masih menyokong saya," katanya.

Sebelum ini tular apabila foto penyanyi lagu Jatuh Bangun itu berkaca mata gelap ketika menghadiri program ziarah rumah asnaf di Rawang, Selangor.

Ekoran itu ramai yang menyifatkan perlakuan Haqiem tidak beradab dan kurang menghormati tuan rumah.

Haqiem dalam masa sama turut menjelaskan punca dia sering memakai kaca mata di khalayak ramai.

"Seseorang penyanyi perlu identiti, tak kisah orang bahan atau hina. Yang penting itu publisiti kita.

"Haqiem Rusli orang kenal sebab kaca mata, Hael orang kenal sebab sut. Jadi, itu orang kenal kita," katanya.

Malah, kaca mata gelap memberikannya lebih keyakinan apabila beraksi di pentas-pentas besar.