Penyanyi Lan Solo menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isterinya Sheila Razlan pada hari ini.

Perkara itu dikongsi Lan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Kami mula bercinta pada 5 November 1999, lama sangat kawan dan bercinta, dapat 'lampu hijau' dari keluarga terus kawin.

"Bertunang pula pada 25 Disember 2007 dan kahwin pada 5 Disember 2009.

"Kami kenal dari zaman sekolah lagi, alhamdulillah jodoh kami bersama, happy anniversary sayang," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Lan mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.

Kenai.. awal 1999 .. . KAWAN gitu2 la.. skolah lg kan..?! . . KAPEL.. 5 Nov 1999 ? . Lama sgt kawan..kapel.. dapat lampu hijau famili terus.. ? . TUNANG.. 25 Dis 2007 . Lama wooo..sampai 2009.. . Kalau tau dugaan mcm2 sgt kompom terus nikah je? . . Alhamdulillah.. jodoh kami bersama akhirnya ?.. . NIKAH.. 5 Dis 2009 ? . Mula berdua.. skrg 2018 kami dah berENAM ?‍?‍??‍?‍?.. . Tq ALLAH??! . . Hepi anniversary syg?! . @sheilarazlan . LEBIU SAMPAI JANNAH! . Aaamiiinnn! . . #ulangtahunperkahwinan #9tahun #5disember #razlansheilakin

A post shared by L A N S O L O ??? (@lansolo_official) on