Pesta perkahwinan anak pengusaha kelapa sawit, Jusup Maruta Cayadi dan Clarissa Wang pada 1 Disember lalu ternyata menyita perhatian khalayak dan membikin heboh warganet.

Bukan sahaja kerana telah menggelar pesta perkahwinan serba mewah di Grand Ballroom, The Mulia Resort, Nusa Dua, Bali, tetapi kos perkahwinan mereka yang didakwa mencecah 10 miliar, (yang telah dinafikan oleh bapa pengantin laki-laki, Rendra Tjajadi) banyak hal lain turut menjadi buah mulut.

Pasangan yang digelar warganet sebagai 'Crazy Rich Surabaya' itu terus membikin heboh kerana mengundang dua penyanyi internasional iaitu grup Micheal Learns To Rock dan Callum Scott untuk menghiburkan tetamu. Selain itu mereka didakwa menyediakan hadiah berupa Iphone X buat tetamu bertuah dan koin emas dengan ukiran nama, tarikh dan lokasi perkahwinan.

Ironi, bukan Jusup dan Clarissa sahaja yang pernah menyita perhatian publik dengan perkahwinan mega mereka, namun terdapat beberapa pasangan selebriti Indonesia yang juga tidak kalah mewah sewaktu melangsungkan hari bahagia mereka.

Gempak.ID mengutip fakta beberapa pasangan selebriti Indonesia yang berkahwin dengan pasangan kaya dan pernah menggelar pesta perkahwinan mewah.



1. Ardie Bakrie - Nia Ramadhani

Bintang sinetron bermata galak, Nia Ramadhani kini sudah berbahagia dan memiliki tiga cahaya mata hasil perkahwinannya bersama anak pengusaha tajir, Ardie Bakrie, pada tahun 2010.

Pernikahan mereka telah menyita perhatian apabila bukan sahaja menggelar majlis prosesi siraman yang dananya mencecah ratusan juta rupiah, tetapi menjadi buah mulut kerana kemewahan resepsi pernikahan yang didakwa mencecah nilai Rp10 miliar.

Pasangan itu melakukan dua kali resepsi yang kosnya ditanggung sang mertua, Aburizal Bakrie sebagai hadiah perkahwinan mereka. Bagaimanapun juru bicara keluarga Aburizal membantah dakwaan kos Rp10 miliar itu.

Mereka turut memasukkan darah dan logam mulia dalam cincin perkahwinan.


2. Anang Hermansyah - Ashanty

Biar ia merupakan perkahwinan kali keduanya, komposer dan penyanyi Anang Hermansyah ngak mau majlis pernikahan dan resepsinya bersama Ashanty dilangsung sederhana.

Oleh itu, pasangan selebriti tersebut telah menggelar resepsi pernikahan serba mewah di Ballroom Hotel Shangri-La, Jakarta, saat disatukan pada 20 Mei 2012 lalu.

Pesta pernikahannya itu juga disiarkan secara langsung di RCTI. Pernikahan kedua mereka juga tidak tanggung mewah.


3. Raffi Ahmad - Nagita Slavina

Pernikahan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina juga tidak kalah bikin heboh. Selain menggelar majlis pernikahan dan resepsi sebanyak tiga kali dengan hari yang berbeda beda, tentulah kos pesta didakwa telah mencecah sampai miliaran.

Dana yang besar itu dihitung menerusi tindakan Raffi yang menyewa gedung mewah Ritz Caltom untuk majlis pernikahannya pada 17 Oktober dan resepsi pada 19 Oktober sebelum sebuah private party yang digelar di Bali pada 25 Oktober 2014.

Semua proses menuju ke pelaminan pasangan yang turut menaiki helikopter itu juga disiarkan secara eksklusif. Raffi bagaimanapun memberitahu tidak semua kos dikeluarkan dari poketnya, namun mereka mendapat tajaan daripada pelbagai pihak.

Dalam keseluruhan majlisnya, mereka telah mengundang sebanyak tiga ribu orang termasuk tokoh terkenal dari Indonesia dan rakan selebriti.



4. Momo Geisha - Nicola Reza Smaudra

Vokalis grup Geisha, Momo tidak berkahwin dengan selebriti, tetapi wanita ini telah memilih seorang pengusaha mebel, Nicola Reza Smaudra untuk menjadi suaminya pada 8 April 2017.

Walaupun kos perkahwinan mereka tidak dihitung, namun pasangan yang berkahwin di Gereja YHS, Malang itu berhasil mewujudkan konsep Royal Wedding di resepsinya yang serba mewah dan megah.

Majlis perkahwinan mereka juga dihadiri lapisan masyarakat dalam jajaran pengusaha dan selebriti ternama.



5. Bunga Citra Lestari - Ashraff Sinclair

Usia perkahwinan Bunga Citra Lestari dan Ashraff Sinclair sudah masuk 10 tahun. Menyelak 10 tahun lalu, majlis perkahwinan mereka juga masuk dalam daftar paling mewah yang berlangsung sekitar tahun 2008.

Majlis yang diadakan bukan sahaja di Indonesia, tetapi di Malaysia itu dianggarkan bernilai miliaran rupiah.

Ia diawali dengan pesta akad nikah adat Padang di Masjid Al Bina Senayan, pernikahan pasangan pelakon berdarah Melayu - Inggeris dan bintang Minang itu turut dilengkapi dengan tiga resepsi mewah.

Resepsi pernikahan Bunga dan Ashraf dibuka dengan adat Minangkabau di Hotel The Sultan Jakarta, dilanjutkan resepsi adat barat ala Britis di Hotel The Saujana Kuala Lumpur dan diakhiri resepsi adat Melayu di Kelab Golf Bukit Kiara Malaysia.

Sumber: Tribunnews.com, Liputan6.com, Pos Kupang
Instagram: Bunga Citra Lestari, JusupClarissa Wedding, Nia Ramadhani, Ashanty, Raffi Ahmad

Oleh: Maliah Surip


Psst : Sambil membaca tu apa kata kita nonton film Cinta Paling Agung, lakonan Zaskia Adya Mecca, Aaron Aziz, Siti Saleha dan ramai lagi.