Aktres dan penyanyi cantik, Nur Fazura berkongsi pendapatnya mengenai pelakon Alvin Chong.

Menerusi ruangan Instagram Stories milik Fazura, bintang filem Kami Histeria itu memuji keperibadian dan hati budi milik Alvin.

"This guy bukan saja talented, ada rupa tapi super well brought up with good manners, always taking care of others and carries himself well.

"And now kita semua dan sayang dia. I'm officially protective of him from now on.

"So kalau siapa nak date dia kena isi borang dengan saya dulu k? Kak Long tolong scan," tulis Fazura.



Alvin menjalinkan hubungan persahabatan yang baik dengan suami kepada Fazura, pelakon Fattah Amin semenjak bergandingan dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot.

Sebelum ini, Alvin dan Fattah juga pernah muncul dalam program realiti The House yang bersiaran di portal Gempak.