Reaksi anak sulung pelakon Erin Malek, Mohamed Faliq, 3, ketika menonton drama lakonan ibunya itu sememangnya mencuit hati.

Reaksi comel Faliq itu dimuat naik oleh Erin menerusi satu video pendek di akaun Instagramnya menerusi ruangan Insta Story semalam.



Video itu jelas menunjukkan Faliq yang menonton drama lakonan ibunya yang disiarkan pada tahun 2013 tersenyum simpul sebaik sahaja melihat Erin.

Paling comel apabila Faliq kemudiannya menundukkan kepala menutup muka dengan lengannya sebelum meletakkan tangan di atas dahi sambil tersenyum.


Wajah Faliq juga menunjukkan dia seolah-olah tidak percaya wanita di dalam paparan skrin telefon pintar itu adalah ibunya.

Terdahulu, Erin dan suami, Farriz telah melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober 2014 dan mereka telah dikurniakan dua caahaya mata, Mohamed Faliq dan Nur Aisha yang kini berusia setahun.

Di sini Gempak kongsikan reaksi Faliq yang diambil menerusi Insta Story Erin: