Pelakon cantik, Jasmine Suraya Chin mengakui dirinya mendapat banyak peluang baru selepas filem PASKAL The Movie ditayangkan di pawagam.

Mencipta kecemerlangan tersendiri, PASKAL The Movie yang ditayangkan bermula 27 September lalu berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta.

Its that bling ✨✨✨

A post shared by Jasmine Suraya Chin (@jasmine_suraya) on


"Saya akui, filem ini membuka banyak peluang baru untuk saya. Biarpun saya tidak memegang watak utama, filem ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Ramai yang mula membuka mata dengan bakat lakonan saya dan tawaran juga semakin banyak. Saya bersyukur kerana selepas filem ini mula ditayangkan, kerjaya lakonan saya menunjukkan perkembangan yang sangat baik," kata Jasmine.

That’s where you will find me, the snack bar. You caught me @irfandzahier

A post shared by Jasmine Suraya Chin (@jasmine_suraya) on


Tambah gadis yang berasal dari Sarawak ini lagi, dia rasa bertuah kerana terlibat dalam PASKAL The Movie yang banyak mencatatkan kenangan manis.

"Terlalu banyak perkara yang positif yang saya dapat dari PASKAL The Movie. Filem ini mencipta banyak sejarah tersendiri dan semuanya manis-manis belaka.

"Saya menanti untuk terlibat dengan projek sebegini di masa akan datang dan berharap akan ada tawaran yang baik untuk saya," katanya mengakhiri perbualan.

Makeup and hair goals! So much love @shiyojoo @codychua for today ?? @lancomeofficial @glammalaysia

A post shared by Jasmine Suraya Chin (@jasmine_suraya) on


Filem PASKAL The Movie diarahkan oleh Adrian Teh dan diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom saksikan PASKAL The Movie yang sudah mula ditayangkan di Astro First (saluran 480).