Serius kecut perut! Penyanyi Nabila Razali akhirnya menyahut cabaran untuk melakukan bungee jumping di bangunan ikonik di Macau baru-baru ini.

Dalam sepotong video yang dikongsikan di Instagramnya, Nabila akui pengalaman itu antara momen yang terbaik dalam hidupnya.

"The best experience ever! Cubaan menarik tangan instructor gagal," tulisnya.

⚠️Warning⚠️ TAG kawan korang yg TAKUT TINGGI tu ?? . The BEST EXPERIENCE EVER ! Thank you @macaotourismmalaysia ♥️♥️♥️ P/s : Cubaan menarik tangan instructor GAGAL! ? . #NabilaTakesMacao #ExperienceMacao #MacaoTourismMalaysia #bungeejumping #extremesports #Tourism #HatiKering #imnotchicken

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on


Dalam video berdurasi kurang 60 saat itu, detik persediaan Nabila sebelum melakukan terjunan itu dirakamkan sehingga penyanyi lagu Pematah Hati itu terjun dari ketingian 764 meter itu.

Macau Tower menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk melakukan aktiviti lasak itu saban tahun.

Faktanya, lokasi itu dicatatkan sebagai Lokasi Terjunan Bungee Jumping Komersial Tertinggi Dunia oleh Guinness World Record.

Jadi, apa salahnya jika anda mencabar diri sendiri untuk melakukan aktiviti lasak sebegini apabila melancong ke negara asing.