Dulu kebiasaannya artis muncul dengan kad raya tapi sekarang pelakon popular, Syafiq Kyle pula tampil dengan diari muka sendiri.

Merujuk pada satu video bersama status yang dimuat naik pelakon itu di Instagramnya, @syafiqkylez hari ini dia memperkenalkan kit planner tahun 2019 yang istimewa buat peminatnya.

Dalam kit tersebut mengandungi kalender, buku nota, pen dan nota pelekat.

"Kalau nak tahu, kit planner 2019 yang baru je released ni cukup sesuai untuk digunakan sepanjang tahun sebab ada kalendar, notebook, pen dan sticky notes.

"Jadi, secara tak langsung kit serba lengkap ni dapat memudahkan proses perancangan sebarang aktiviti korang nanti," katanya dalam status tersebut.

Unboxing time! Kalau nak tahu, kit planner 2019 yang baru je released ni cukup sesuai untuk digunakan sepanjang tahun sebab ada kalendar, notebook, pen dan sticky notes. . So, secara tak langsung kit serba lengkap ni dapat memudahkan proses perancangan sebarang aktiviti korang nanti. Link ada di bio untuk order. Kalau dah dapat kit planner masing2, jangan lupa tag Capik dan hashtag #ExternalMemoryDiskSyafiqKyle ok?

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on


Bagi peminat pelakon yang popular dengan drama bersiri Tanah Kubur itu, mereka tentunya teruja untuk mendapatnya kit planner 2019 tersebut.

"Minat sangat kan tengok @syafiqkylez beli la... boleh tahun depan setahun tengok dia," kata netizen yang dikenali sebagai @arnieazhar.

Begitu juga, netizen @najiha.jaafar berpandangan kit istimewa itu boleh dijadikan tatapan sebelum tidur.

"Kalendar ni boleh buat pasangan saya cemburu, silap hari bulan dia tampal gambar dia," kata netizen @haleena_hanzalah.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @syafiqkylez