Pelakon Mawar Rashid mengakui terpaksa menolak kesemua tawaran lakonan selepas mengetahui dirinya sedang hamil.

Menurut Mawar, buat masa sekarang dia mahu memberi fokus kepada bayi yang bakal dilahirkan dan menafikan dirinya mahu berhenti daripada bidang lakonan.

"Sebenarnya bila dapat tahu saya hamil, saya dan suami ada berbincang dan Mawar mengambil keputusan untuk berehat seketika.

"Mawar memang tidak akan berhenti berlakon kerana itu merupakan jiwa dan kerjaya saya.

"Buat masa sekarang saya tidak boleh ambil dan terpaksa tolak semua tawaran kerana saya risau tidak dapat memberi kerjasama.

"Buat masa sekarang memang saya akan berehat dulu dan bila baby dah kuat sikit baru akan kembali semula.

"Bila saya dah bersedia untuk berlakon semula saya akan umumkan kepada semua," katanya kepada HLive.

Mawar dan suami, Raf Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan kini Mawar sedang hamil lima bulan

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).