Teraju utama filem sekuel Polis Evo 2 (PE2), Zizan Razak akui berdepan dengan kesukaran ketika melakonkan babak dipaksa menelan air menggunakan getah paip dengan kasar.
Zizan ketika ditemui Gempak berkata, sebelum babak itu bermula, pengarah PE2 juga meluahkan rasa bimbang dan khuatir andai dirinya tercedera.
“Babak tertelan air itu memang sakit, sampai merah-merah mata. Tapi tak mengapa sebab saya sendiri yang mahu lakukan aksi itu supaya kelihatan ‘real’.
“Sebelum nak lakonkan babak itu, pengarah semua rasa risau. Tapi saya kata tak apa, buat saja.
“Sebab saya mahukan kepuasan, tak nak dah berlakon main-main yang hanya sekadar tunjuk air sahaja.
“Saya mahukan yang ‘real’ supaya biar lakonan itu boleh buat orang ‘rasa’ apa yang kita cuba sampaikan.
“Sejujurnya memang ada jugalah tertelan sikit tapi nasib baik semuanya okay,” katanya.
Selain Zizan, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
Jaga-jaga boh!
Mya Amri
Tue Dec 04 2018
Adira, Datuk Red Akhirnya Bercerai!
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.