Suami kepada pelakon Mawar Rashid iatu Raf Yaakob dikecam segelintir netizen mengatakan dia akan mengetepikan dua orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini apabila mendapat cahaya mata bersama isterinya itu.

Perkara itu dikongsi Raf menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"Ada juga suara-suara sumbang yang DM dan komen di Instagram saya cakap saya akan mengetepikan anak-anak saya hasil perkahwinan dahulu setelah saya mendapat anak bersama Mawar.

"Sabar je la manusia zaman sekarang ni.

"Anak saya ada 3 ke, 30 ke, kasih sayang saya tetap sama pada semua," tulisnya sebagai kapsyen.

Ada jugak suara2 sumbang yang DM and comment kat IG wall Raf cakap “nanti bila Raf da ada baby with Mawar, anak2 lain diketepikan”. Sabar je la manusia zaman sekarang ni. • Anak saya 3 ke 30 ke, kasih sayang saya tetap sama pada semua. Yes I might not see @radenrayyan & @raysaachanela everyday, but kasih sayang saya pada mereka berdua takkan pernah pudar sampai bila2. Both of them will be equally love, together with all my kids with @mawarashid. They are all my Radens dunia akhirat ❤️?? #MawaRadens

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on


Dalam pada itu, Raf turut menyatakan kasih sayangnya terhadap anak-anak sebelum ini tidak akan pernah pudar walaupun mereka jarang bertemu.

Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan kini sedang hamil tujuh bulan.