Filem Polis Evo 2 terus melakarkan sejarah tersendiri apabila meraih kutipan RM17 juta selepas 11 hari tayangan.

Filem lakonan hebat Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira dan ramai lagi ini telah mendapat maklum balas positif dikalangan penonton.

Rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat keberkesanan lakonan bintang-bintang Polis Evo 2.

View this post on Instagram

[ #PolisEvo2 - KUTIPAN mencecah RM 17 JUTA DALAM 11 HARI TAYANGAN ] Alhamdulilah..HASIL SOKONGAN ANDA SEMUA, #PE2 telah meraih kutipan mencecah RM17 JUTA DALAM TEMPOH 11 HARI!!!!. Jom kita buktikan yang Filem tempatan juga mampu bersaing dengan filem antarabangsa…MALAYSIA BOLEH!!!! Terima Kasih Boh! Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan semarakkan semangat #PE2 ✊✊✊ JAGA-JAGA BOH! ?? #PolisEvo2 KINI TELAH MEMBUKA KERTAS SIASATAN DI BALAI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA??, SINGAPORE?? & BRUNEI ?? #PolisEvo2 #PE2 #JanganKejutHarimau #SkuadPolisEvo #PE2 #JagaJagaBoh

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Sebelum ini, Polis Evo 2 berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta menerusi tayangan hari pembukaan.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!