Masih mencongak tarikh tayangan filem sulungnya pada tahun depan, penyanyi popular Mawi pula menjadi mangsa apabila dikecam netizen di media sosial.

Akuinya, kejadian tersebut berlaku sejak beberapa hari lalu selepas dia memuat naik satu ‘posting’ mengenai di sebalik pembikinan filemnya itu.

Mawi memberitahu dia hairan mengapa netizen bertindak mengecam dan melontarkan komen negatif terhadap filemnya yang masih belum ditayangkan lagi.

"Saya berkongsi gambar di media sosial dengan tujuan mahu beritahu pada orang ramai mengenai filem saya.

"Belum pun poster mahupun 'trailer' filem saya keluar, ramai yang sudah memberi komen termasuk bertindak mengecam saya baru-baru ini," katanya kepada Astro Gempak.

Aku ingat buat filem ni senang.Rupanya ... Allah .. kalau tak kuat semangat lupakan je la nak bikin filem ni. Tengok tu naik serabai dah aku kat set haha ??? Nanti korang support ok filem saya ni.Filem saya ni santai2 je.Tak payah nak fikir deep2 sangat.Masuk panggung wayang pastu gelak je..Kalau boleh gelak la haha ? Insyaallah akan datang 2019 ? . . #AbangOrangKampung #AbangBuatCeritaKampungJe #CeritaAgakKelakar #TiadaTajuk #TolongBagiTajuk Gambar ini dipetik oleh @thehitmannazri JOM FOLLOW @filembelumadatajuk @filembelumadatajuk @filembelumadatajuk

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


Ujarnya, dia tetap bersikap positif terhadap komen-komen tersebut yang dianggap membantu aspek pemasaran filem itu.

"Saya sendiri sudah bersedia apabila mahu menjadi pengarah filem sendiri. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak berpuas hati tapi saya mengambil pendekatan untuk tidak melayan komen negatif tersebut," katanya.

Jelasnya, dia tidak pasti individu yang mengecamnya adalah pihak yang sama yang melakukan perbuatan sedemikian pada artis lain.

"Saya tidak tahu apa niat mereka mahupun datang dari mana. Bila tengok akaun Instagram mereka nampak macam akaun palsu pun ada," katanya.

Mawi menyatakan dia berhasrat mahu memperkenalkan ‘trailer’ dan poster filem ini pada Januari depan.

"Buat masa ini filem saya masih dalam proses pascaproduksi untuk 'dubbing', ‘folly’ dan sebagainya. Dari aspek 'offline' saya berpuas hati tapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum filem ini siap," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Mawi