Pelakon Chacha Maembong menafikan dakwaan sering ke kelab malam dan terpengaruh dengan kehidupan teman lelakinya yang bukan Islam.

Baca: "Cuba Bimbing Dia Dekati Agama Islam" - Bercinta Dengan Jejaka Iban, Chacha Maembong Serius!

Jelas Chacha, kehadirannya ke kelab malam hanya untuk memenuhi undangan sebagai tetamu jemputan selain menyokong kerjaya teman lelakinya.

"Biasalah tu, apabila bercinta dengan orang berlainan agama, netizen lebih cenderung untuk melihat sisi negatif berbanding positif.

"Kemudian buat tanggapan yang macam-macam walau tak tahu perkara sebenar.

“Kalau nampak saya di pusat hiburan, cakap saya sosial sebab terpengaruh dengan teman lelaki dan sebagainya.

"Walhal saya berada di sana atas jemputan menghadiri acara tertentu bersama selebriti lain. Selepas selesai, saya balik," katanya.

Chacha dan jejaka berketurunan Iban itu mula berkenalan sejak tiga tahun lalu dan serius untuk ke fasa perhubungan seterusnya.

Bagi adik pelakon Emma Maembong itu, dia enggan hipokrit dan hanya menjadi diri sendiri.

"Saya tak kisah orang orang nak cakap apa. Kalau mereka nampak saya sebagai seorang yang sosial, terpulanglah.

"Apa yang penting saya tahu siapa saya. Taknaklah nampak saja tunjuk baik depan orang, letak gambar sopan atas bawah kat Instagram tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

"Saya nak jadi diri sendiri, kalau itulah diri saya itulah dia,” tambahnya.

Chacha kini muncul menerusi drama rantaian 60 episod Selafaz Cinta melakonkan watak Inaz.

Selafaz Cinta dibintangi Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Aqasha dan ramai lagi.

Selafaz Cinta akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang mulai 27 November menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).