Aktres jelita Bollywood, Priyanka Chopra telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama penyanyi Hollywood, Nick Jonas pada Sabtu lalu.

Beberapa majlis kecil sempena pre-wedding mereka berdua telah bermula kira-kira seminggu sebelum hari perkahwinan mereka diadakan.

Di sini, Gempak bawakan kepada anda beberapa foto menarik yang diambil sekitar majlis pre-wedding dan perkahwinan pasangan popular ini.

Priyanka dan Nick mengadakan majis tari menari yang sangat meriah bagi meraikan kemuncak sambutan pre-wedding mereka. Tarian itu digelar Sangeet dimana kedua-dua belah keluarga mereka mempersembahkan tarian masing-masing.











Untuk majlis perkahwinan mereka pula, Priyanka dan Nick telah dinikahkan mengikut tradisi Kristian pada hari pertama dan diikuti tradisi agama Hindu pada hari kedua.

Majlis perkahwinan hari pertama itu diadakan dengan gilang gemilang bertempat di Istana Umaid Bhavan, Jodhpur, India.








Nick dan Priyanka telahpun bertunang empat bulan lalu selepas bercinta selama setahun.

Kedua-duanya mengesahkan tentang majlis perkahwinan pada Sabtu itu di akaun media sosial masing-masing.

Foto : IG Priyanka Chopra & Nick Jonas