Juara Gempak Superstar, Siti Elizad berhasrat menggunakan wang kemenangan untuk rawatan mata bapanya.
Elizad atau Nama sebenarnya Siti Elizad Sharifudin,32, berkata, bapanya mengalami masalah penglihatan yang agak kronik.
Menurut Elizad, bapanya sudah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan.
“Bapa saya tak berapa nampak jadi kalau boleh duit kemenangan tu saya nak ubat mata bapa saya.
“Dah hampir tiga ke empat tahun keadaannya begitu, bukan tak pernah berubat, sebenarnya dah beberapa kali bapa jalani pembedahan tapi penglihatannya masih kabur.
“Saya tak tahu ‘exactly’ nama sakit tersebut tapi yang saya faham seperti ada pendarahan dalam kornea, jadi dia tak boleh naik kapal terbang dan berada di tempat yang bertekanan tinggi kerana khuatir perkara itu boleh menyebabkan saluran itu pecah.
“Bila dia nak tengok tv pun kabur-kabur, saya tak sampai hati. Saya pun tak sangka untuk pertama kali dia tiba-tiba nak hadir ke konsert akhir ni sebab nak tengok saya.
“Saya tak tahulah dia nampak saya atau tidak waktu atas stage, tapi apa yang pasti saya rasa sangat gembira bila nampak dia berada di sini.
“Saya harap, selepas pergi berubat nanti, mata bapa akan kembali pulih seperti sediakala,” katanya sebak.
Elizad ditemui ketika sidang media konsert akhir Gempak Superstar bertempat di Pinewood, Johor Baharu pada malam Ahad.
Dalam pada itu, mengulas mengenai karier nyanyian pula, Elizad akui bidang lakonan tetap menjadi keutamaannya namun tidak menolak sekiranya ada tawaran nyanyian diberikan.
“Secara jujur saya tak pernah terfikir langsung akan jadi juara, apa yang saya buat sepanjang pertandingan adalah belajar dan berikan yang terbaik setiap minggu.
“Hati saya lebih pada berlakon dan saya nak orang nampak bakat saya dalam lakonan.
"Tapi andai kata ada tawaran nyanyian diberikan, saya akan cuba, itukan rezeki, kalau ada yang suka Alhamdulillah.
“Sama juga macam lakonan, tak semua orang suka lakonan saya, pendapat orang lain-lain. Jadi saya rasa tak salah untuk mencuba, kalau ada ‘offer’ saya akan pertimbangkan,” jelasnya.
Elizad merupakan peserta dengan undian tertinggi sebanyak 64 peratus sekaligus menobatkannya sebagai juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Ahmad Shah
Tue May 17 2016
Awie Kini Bergelar Pengarah Filem Aksi - “Ini Satu Tanggungjawab Yang Besar”
Datuk Awie kini diberi peranan sebagai pengarah bagi filem aksi berjudul REBEL: Berontak Untuk Berotak.
Yayasan Nurjiwa & Yayasan Prihatin Berkolaborasi Menyantuni Anak Yatim, Ibu Tunggal & Penggiat Seni
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Aizuddin Ghazali menzahirkan perasaan bersyukur dan sangat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh Yayasan Nurjiwa kepada Yayasan Prihatin Nasional untuk menjalinkan kerjasama strategik ini.
Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi mendedahkan yang dia mendidik anaknya Rina Diana supaya berdikari walaupun usia anaknya itu baru mencecah dua tahun.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Miliki Kereta Pertama, Ramai Puji Amir Jahari Tak Beli Jenama Mewah - “Sederhana Itu Nyaman”
Tahniah Amir.
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.