Bekas penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail (FBI) mendedahkan ada pihak yang menggunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, FBI memuat naik paparan skrin kiriman mesej (DM) yang dihantar oleh seorang peminat yang telah menjadi mangsa.

Salam semua. Sekiranya ada yang menerima panggilan seperti di atas adalah dinasihatkan supaya TIDAK DILAYAN LANGSUNG. . . Ini adalah sebahagian TAKTIK utk mencuri DATA PERIBADI dan saya ingin memaklumkan yang saya TIDAK LAGI BERTUGAS dengan mana2 Stesen Radio sejak 2013 dan sejak itu TIDAK terlibat dgn apa jenis program spt PRANK CALL yang dimaklumkan oleh pengadu. . Terima kasih dan sentiasa berwaspada. . Faizal Ismail FBI

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on


"Salam semua. Sekiranya ada yang menerima panggilan seperti di atas adalah dinasihatkan supaya tidak dilayan langsung.

"Ini adalah sebahagian taktik untuk mencuri data peribadi dan saya ingin memaklumkan yang saya tidak lagi bertugas dengan mana-mana stesen radio sejak 2013.

"Sejak itu tidak terlibat dengan apa jenis program seperti prank call yang dimaklumkan oleh pengadu. Terima kasih dan sentiasa berwaspada," tulis FBI.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengambil serius peringatan terbabit agar mereka tidak terpedaya dengan apa-apa panggilan yang menggunakan nama FBI sebagai umpan.

Memulakan tugas sebagai penyampai ERA sebelum berpindah ke Hot FM, Faizal bersara dari bidang radio pada 2013.

Faizal kini bergerak aktif sebagai pengacara dan turut bergelar usahawan menerusi produk eFBI.