Selebriti ternama seperti Andi Bernadee, Kaka Azraff, Caprice dan Anis Al Idrus bakal memeriahkan Hari Eksport Belia 2018 yang bakal berlangsung pada 8 Disember ini.

Dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Hari Eksport Belia 2018 merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan belia Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.

Acara yang dijalankan buat julung kali ini akan mengambil tempat di Menara MATRADE di Kuala Lumpur dan akan menampilkan program-program seperti sesi bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking untuk membincangkan peluang dan cabaran belia menceburi perniagaan global.



Selain itu, sesi panel bersama usahawan selebriti, aktiviti sukan luaran seperti memanah, street soccer, wall climbing dan paintball, arked e-sukan, pertunjukan robotic, karnival jualan, pertunjukan dan tutorial fesyen, graffiti dan banyak lagi bakal memeriahkan acara terbabit.

Selain penampilan artis terkemuka, selebriti sosial media seperti Kyo Propaganda, Mat Luthfi, Alieff Irfan dan ramai lagi bakal memeriahkan lagi acara ini.

Hari Eksport Belia 2018 adalah salah satu usaha untuk menggalakkan belia negara mengambil inisiatif untuk merangka pelan mengakses pasaran luar negara seawal penglibatan mereka di dalam aktiviti keusahawanan.

Kemasukan ke Hari Eksport Belia 2018 adalah percuma dan 2,000 pengunjung terawal bakal menikmati cenderahati istimewa pada hari acara tersebut!

Untuk pertanyaan lanjut berhubung Hari Eksport Belia 2018, sila lawati laman sosial MATRADE di Facebook, Instagram (Youth Export Day) atau lawati laman sesawang www.youthexportday.com