Peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang juga seorang pelakon, Haneesya Hanee mendedahkan dia menerima kiriman mesej ekstrem berbaur penghinaan daripada seorang remaja perempuan.

Dedah Haneesya, remaja itu menghina warna kulitnya dan disifatkan seperti gadis Afrika.

"The recent DM yang Hanee dapat. 'Buduh hitam, macam Afrika' (budak sekolah lagi girl pula tu).

"Okay, firstly you mengeja pun tak betul.

"Secondly, why not dik hitam macam Afrika pun akak ni bangga lahai dapat kulit hitam macam Afrika ni sebab kulit hitam inilah akak boleh cari rezeki untuk family akak," kata Hanee.

The recent Dm yg hanee dapat. “Buduh hitam, Macam Africa” (budak sekolah lagi gurl pulak tu) Okay firstly u mengeja pun tak betul. Secondly, Why Not dik hitam cam Africa punnnnnnnnnnnnnn Akk ni bangga lahai dpt kulit hitam cam Africa nii Sebab kulit hitam ni la akk boleh cari rezeki untuk family akk. ? I tak kesah pun org ckp apa , Tp korang selalu tanya how I deal ngan kutukan org. Ni la Cara hanee, hanee tak reply pun dm budak tu hanee siap spam like ig dia story semua tengok hahaha. Okay tu je motivation hari ni kbye???

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on


Malah, Hanee punyai cara tersendiri untuk 'menyekolahkan' netizen yang bersikap kasar terhadapnya.

"I tak kisah pun orang cakap apa, tapi korang selalu tanya how I deal dengan kutukan orang.

"Inilah cara Hanee, Hanee tak reply pun DM budak tu Hanee siap spam like IG dia story semua tengok," tambah Hanee.

Entri itu mendapat sokongan netizen yang memuji kecantikan gadis itu dan menyelar tindakan remaja perempuan yang bersikap prejudis tersebut.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek itu berdarah kacukan Melayu dan Arab.

Bukan kali pertama dibuli, pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan itu hampir putus asa apabila warna kulitnya menjadi subjek kritikan orang sekeliling hingga hampir berputus asa dalam bidang seni.

Saksikan program realiti Dewi Remaja pada setiap hari Ahad pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104.