Pemain tenpin bowling negara, Rafiq Ismail menamatkan kemarau 39 tahun apabila berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara perseorangan di Kejohanan Bowling Dunia Lelaki di Hong Kong, pada Sabtu.

Pemain berusia 21 tahun itu menewaskan pemenang pingat emas 2014, Dan MacLelland dari Kanada dengan 217-204.

Kali terakhir Malaysia menang pingat emas dalam kategori lelaki dalam kejohanan itu ialah pada tahun 1979 di Manila, menerusi gandingan trio J.B Koo, Allan Hooi dan Edward Lim.

My first medal and it is Gold Medal for World’s Men Championships in Hong Kong. I would like to dedicate this winning to my beloved Country Malaysia. Also, thank you to my beloved coaches, family, friends, MTBC and PODIUM and DV8. So so grateful by Winning Gold in Asian Games and World Champ in the same year. Couldn’t ask for more! Alhamdulillah. Speechless #teamDV8 #teamMas #takethePodium

A post shared by Muhammad Rafiq Ismail (@_rafiqismail) on