Pelakon drama ‘Lafazkan Kalimah Cinta Mu’, Nadiyah Shahab berkongsi video disebalik tabir pra-perkahwinan bersama suami tercinta aktor Ben Ali.

Video istimewa yang merakamkan gelagat pengantin baru ketika di arahkan untuk bergambar dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

“Disebalik tabir pembikinan video pra-perkahwinan kami,” tulisnya ringkas.

BTS of our pre-wedding shoot ❤️❤️ . Both of us wearing @labridal.sg @lulualhadad from top to toe ?

A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on

Dalam pada itu, netizen yang menonton video tersebut akui terpegun dengan kecantikan Nadiyah dan menganggap Ben seorang lelaki yang bertuah kerana memiliki isteri secantik ‘barbie doll’.

“Untung laki dia dapat kahwin Barbie doll, aku yang perempuan tengok pun berkenan,” tulis @aini_4r


“Ni manusia ke patung? Hahahah. Eee comel!” komen@ekalazim

Terdahulu, Nadiyah dan Ben selamat melangsungkan perkahwinan pada 10 November lalu di Singapura.

Nadiyah telah dinikahkan oleh bapanya iatu Syed Fuad Syed Ahmad Shahab di hadapan sekitar 700 orang tetamu.

Foto: Instagram @nadiyah.shahab